Assalamualaikum
Jasad yang terperuk,
Lebih indah dari perasaan yang dijeruk,
Membuat luka bertambah teruk,
Ketika pintu hatimu, ujian datang mengetuk.
Saat kau hampir rebah,
Saat kau mahu mengalah,
Ingatlah Mak dan Ayah,
Jadikan kau manusia bukan mudah,
Penuh jerih dan payah,
Tidak salah untuk berubah,
Tapi biarlah agar imanmu semakin bertambah,
Hati kau mungkin perlu dipapah,
Untuk hari esok, agar lebih tabah.
I can't speak out, I can't sing, I can't draw, so I write.
1 comment:
berubah kerana Allah itu yg terbaik..
Post a Comment