Assalamualaikum..
Hidup ni macam kopi. Walaupun pahit, kopi tu juga la yang kita hirup tiap-tiap pagi.
Macam tu juga hidup, walaupun perit, hidup yang perit tu juga la kita lalui tiap-tiap hari.
Jangan ditanya "kenapa aku? Kenapa bukan orang lain?"
Tapi bersyukurlah kerana kau hamba yang Allah pilih. Ujian tanda Allah bagi peringatan kepada kau.
Allah sayangkan kau.
Macam tu jugak bila mak rotan kau bila buat salah.
Mak sayangkan kau.
Sakit. Memang sakit. Tapi kau ingat. Kau akan berterima kasih kat mak kau sebab bagi pengajaran kat kau.
Sakit penghapus dosa.
Macam tu juga Allah. Jangan persoalkan apa yang Allah uji kau.
Ucaplah terima kasih. ALHAMDULILLAH...
Bersyukurlah Allah masih ingat dan sayang pada kau.
Bukan senang nak dapat orang yang sayang dan ingat pada kita. Tapi Allah sayang pada kau.
Alhamdulillah..
p/s: kopi yang pahit diminum ketika perasaan sedang "pahit" akan rasa manis. =)